fb fb fb fb fb

Banjir di Perak, penduduk terjejas meningkat

Foto Ihsan APM Perak

IPOH, 4 Oktober- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak merekodkan peningkatan kepada 200 orang, setakat pukul 8.00 pagi tadi.

Justeru, satu lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di SK Matang Gelugor di Taiping, malam tadi.
 
Laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah memaklumkan PPS tersebut menempatkan 50 penduduk daripada Kampung Matang Gelugor, Kampung Matang Pasir dan Kampung Jebong Kiri.
 
Dua lagi PPS yang dibuka di daerah Taiping adalah Masjid Al-Wusta Batu 8, Jalan Trong dan Masjid Nurul Hidayah Kampung Sungai Bembam Kuala Trong.

PPS tersebut dihuni, dengan masing-masing 81 orang dan 30 orang penduduk.
 
Baki 39 lagi penduduk, berlindung di PPS Changkat Lobak, dalam daerah Kerian.
 
Sementara itu, Jabatan Kerja Raya pula memaklumkan terdapat kejadian tanah runtuh di Laluan FT147 Jalan Bagan Serai-Changkat Lobak.
 
Pemantauan dari semasa ke semasa dilakukan oleh JKR Daerah serta pihak konsesi Jalan Persekutuan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM