fb fb fb fb fb

Banjir di Marudi, lima keluarga dipindahkan ke PPS


MARUDI, 29 Januari- Banjir di Marudi, Sarawak menyaksikan 17 penduduk terjejas dari lima keluarga di kawasan perumahan Padang Kerbau Marudi dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Suarah Marudi 4 petang tadi.

Menurut kenyataan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Marudi, Nurshusheilla Abdullah, penduduk yang dipindahkan termasuk tiga bayi lelaki dan dua warga emas.

Sementara itu, Majlis Daerah Marudi juga telah menghantar 794 pek bekalan makanan kepada penduduk terjejas akibat jalan dinaiki air dan terputus hubungan.

Kawasan tersebut adalah Ridan Feri, Kampung Narum, Kampung Dagang,Kampung Padang Kerbau, Rumah Ubie Sungai Ridan, Rumah Kiam Lugan Entassan A dan Rumah Micheal Lugan Entassan B.

Media Baharu