fb fb fb fb fb

Banjir di Kulim pulih sepenuhnya

FOTO APM KEDAH

KULIM, 9 September- Keadaan banjir di Daerah Kulim, Kedah pulih sepenuhnya.
 
Pusat pemindahan sementara, PPS Masjid Sungai Seluang yang menempatkan 39 penduduk ditutup secara rasminya pukul 9.30 pagi tadi.
 
Penutupan itu diumumkan oleh Pegawai Daerah Kulim merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kulim, Mohd Zaini Ramli.
 
PPS Masjid Sungai Seluang dibuka pada 7 September lalu yang menempatkan 40 penduduk daripada 12 keluarga.
 
Kesemua penduduk dari Kampung Sungai Seluang Atas dan Kampung Sungai Seluang Bawah, kedua-duanya dalam kawasan Mukim Sungai Seluang yang ditenggelami air akibat hujan lebat.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE