JOHOR BAHRU, 30 Januari- Banjir di daerah Kluang, Johor surut sepenuhnya selepas tiga lagi pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup petang tadi.
Tiga PPS tersebut ialah PPS Sekolah Kebangsaan Kahang Batu 28, PPS Dewan Pusat Banjir JAKOA dan PPS SMK Kahang.
Setakat 4.00 petang, seramai 2,157 penduduk terjejas banjir yang melibatkan 607 keluarga masih berlindung di 23 PPS seluruh negeri.
Hanya empat daerah masih terjejas iaitu Segamat, Mersing, Kota Tinggi dan Batu Pahat.
(Empat daerah di Johor masih terjejas banjir)