fb fb fb fb fb

Banjir di Kelantan surut sepenuhnya pagi ini

FOTO INFOBENCANAJKM

KUALA LUMPUR, 16 Januari- Banjir di Kelantan surut sepenuhnya pagi ini apabila data oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hanya merekodkan tiga negeri masih terjejas iaitu Sabah, Pahang dan Johor.

Menurut Portal Bencana NADMA, seramai 455 orang daripada 137 keluarga bagi tiga negeri itu dicatatkan setakat pukul 6.00 pagi tadi, berbanding 464 orang daripada 140 keluarga termasuk sembilan penduduk di Kelantan pada 12.00 tengah malam tadi.

Sabah merekodkan penduduk terjejas paling ramai iaitu 274 orang daripada 83 keluarga yang berlindung di empat pusat pemindahan sementara (PPS) dekat daerah Sandakan dan Beluran.

Sandakan melibatkan pembukaan sebuah PPS bagi 161 penduduk daripada 39 keluarga, manakala Beluran membabitkan 133 orang daripada 44 keluarga di tiga PPS.

Pahang pula mencatatkan daerah Rompin masih terjejas melibatkan 103 penduduk daripada 83 keluarga di satu PPS.

Sementara Johor merekodkan 78 penduduk daripada 20 keluarga di tiga PPS.

Seramai 63 orang daripada 17 keluarga dekat Segamat ditempatkan di dua PPS dan 15 orang daripada tiga keluarga di satu PPS di Batu Pahat.

SITI AISHAH BINTI MD ISA