fb fb fb fb fb

Banjir di Kedah: Seramai 1,562 penduduk terjejas banjir masih berlindung di 15 PPS

Foto BERNAMA

POKOK SENA, 25 Oktober - Seramai 1,562 penduduk terjejas banjir daripada 488 keluarga masih berlindung di 15 Pusat Permindahan Sementara (PPS) di empat daerah di negeri Kedah, sehingga pukul 7 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kedah dalam kenyataannya memaklumkan daerah Pendang antara kawasan terbaharu dilanda banjir.
 
Setakat ini terdapat sebuah keluarga daripada tiga penduduk ditempatkan di Dewan Badminton Tanjung Radin.
 
Bilangan penduduk terjejas banjir di daerah itu dijangka bertambah lewat malam ini.
 
Sementara itu, di Kulim, seramai 1,146 penduduk daripada 346 keluarga berada di lapan PPS.
 
Mereka ditempatkan di PPS Surau Taman Sang Kancil, Dewan Kg Paya Tok Betok, SMA Isaniah Jangkang, Sk Pagar Museh, SRJC Khi Min dan Dewan Orang Ramai Sungai Karangan.
 
Selain itu, Surau Kampung Padang Meha dan SK Merbau Pulas.
 
Di Baling, seramai 340 penduduk  daripada 118 keluarga ditempatkan di lima buah PPS iaitu di SK Siong, SK Seri Bayu, Dewan Tun Abdul Razak dan Kompleks Belia dan Sukan, Baling serta SK Sri Bayu.
 
Sementara itu, di Pokok Sena seramai 73 penduduk daripada 23 keluarga ditempatkan di sebuah PPS di Dewan Serbaguna Pokok Sena.

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN