fb fb fb fb fb

Banjir: ATM bantu urusan jenazah warga emas

Pasukan ATM mengharung banjir sedalam lebih satu meter bagi membawa jenazah Kalthom Mat, 84, yang meninggal dunia

HULU TERENGGANU, 25 Januari- Urusan pengebumian jenazah penduduk terjejas banjir di Kampung Bukit Tadok, sini, berjalan lancar dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daripada Batalion ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Para.

Kalthom Mat, 84, meninggal dunia pada pukul 9.00 pagi tadi di rumahnya kerana sakit tua.

Waris, Mat Sudin Mustafa, 63, bersyukur apabila pasukan Batalion 18 RAMD Para turun membantu menguruskan jenazah ibunya memandangkan air naik sehingga paras pinggang di pekarangan rumah mereka sejak semalam.

"Lega ada kerjasama kerajaan, kalau tidak, kena minta bantuan orang kampung.

"Memang kena naik bot, (redah) arus air. Terima kasih kepada tentera-tentera (yang membantu)," katanya.

Jenazah ibunya diusung dan dimandikan di Masjid Kampung Bukit Tadok serta dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tadok di sini selepas waktu solat asar.

Bantuan tersebut melibatkan tiga pegawai dan 25 anggota diketuai oleh Mejar Shah Hadi Shah Budin.

2501 BANJIR USUNG JENAZAH 2

Mat Sudin Mustafa

SITI AISHAH BINTI MD ISA