fb fb fb fb fb

Banjir: 734 penduduk terjejas di Sabah, Sarawak dan Johor

Foto Facebook APM Beaufort

KUALA LUMPUR, 5 Januari- Jumlah penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 1.00 tengah hari adalah 734 orang daripada 275 keluarga.

Menurut portal Info Bencana JKM, seramai 556 penduduk terjejas di SABAH.

Satu PPS di buka di daerah Beaufort, menempatkan 364 penduduk, manakala di Kota Kinabalu -- 176 penduduk ditempatkan di satu PPS.

Kota Belud mencatat pembukaan PPS terbaharu dengan 16 penduduk terjejas daripada lima keluarga di dua PPS.

Sementara itu, SARAWAK merekodkan penduduk terjejas di daerah Miri melibatkan 146 penduduk di satu PPS.

Di JOHOR, dua PPS di Segamat menempatkan 32 penduduk daripada 11 keluarga.

SITI AISHAH BINTI MD ISA