KULIM, 23 November - Hujan lebat berterusan sejak lewat petang semalam menyebabkan paras air sungai di daerah Kulim meningkat secara mendadak.
Keadaan itu turut menjejaskan tujuh kampung di Mukim Sungai Seluang dan Mukim Naga Lilit.
Sehingga pukul 12.00 tengah hari, seramai 356 penduduk terjejas banjir daripada 106 keluarga masih berlindung di tiga pusat permindahan sementara PPS di satu daerah di negeri tersebut.
Hasil pemantauan di beberapa kawasan yang terjejas telah menunjukkan paras air terkawal dan trend air menurun.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Kedah dalam kenyataan berkata, seramai 186 penduduk daripada 54 keluarga di tempatkan iaitu di PPS Masjid Al-Muhtadin Sungai Seluang, seramai 39 penduduk daripada 12 keluarga di tempatkan di sebuah lagi PPS iaitu di Surau KEDA Naga Lilit.
Manakala seramai 131 mangsa terdiri daripada 40 buah keluarga di PPS SK Permatang Tok Dit.
Usaha pemantauan masih diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan penduduk di kawasan berisiko.