Banjir : 26 sekolah di Sarawak tidak dapat beroperasi

Foto Bernama

KUCHING, 12 Januari – Sebanyak 26 buah sekolah di Sarawak dijangka tidak dapat memulakan operasi pada hari pertama sesi persekolahan esok kerana masih terjejas banjir, kata Pengarah Pendidikan Negeri Omar Mahli.

RINGKASAN BERITA AI
  • 26 sekolah di Sarawak dijangka tidak dapat beroperasi esok kerana masih terjejas banjir.
  • Sekolah terjejas tersebar di Daro, Selangau, Sibu serta majoriti di Tatau dan Sebauh.
  • Lapan sekolah dijadikan pusat pemindahan sementara; tujuh di Serian dan satu di Selangau.

Beliau berkata hasil tinjauan yang dilakukan pada hari ini mendapati, tiga sekolah yang terjejas terletak di Daro, Mukah di Selangau, Sibu (4) dan Tatau,Sebauh di Bintulu (19).

“Sekolah yang terlibat ialah SK KG Pangtray, SK OK Selair, SJK (C) Chung Hua di Daro; dan SK Nangga Selangau, SK Kuala Lemai, SK Ulu Sg Arip dan SK St Mark di Selangau.

“Manakala 19 buah sekolah di Tatau dan Sebauh membabitkan SJK (C) Chung Hua Tatau, SJK(C) Chung San, SK Bukit Mawang, SK Hermanus Assan, SK Kuala Binyo, SK Kuala Kebulu, SK Kuala Muput, SK Kuala Sigu, SK Labang, SK Ng Penyarai, SK Ng Tau, SK Pandan, SK Rh Tayai, Sk Sebauh, SK Sg Bukit Balai, SK Sg Genaan, SK Sg Sebungan, SK Sg Sengian dan SK Sg Bagian,” katanya.

Beliau berkata sekolah tersebut tidak dapat beroperasi disebabkan kawasan sekolah yang masih digenangi air, selain jalan di kawasan kediaman atau kampung tidak dapat diakses kerana banjir.

Sementara itu, Omar berkata lapan buah sekolah di negeri itu dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu tujuh di Serian dan satu di Selangau.-BERNAMA