IPOH, 6 November- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak adalah seramai 252 orang daripada 72 keluarga, setakat pukul 4.00 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, empat pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua daerah.
Di daerah Kerian, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak menempatkan 97 penduduk daripada 24 keluarga, manakala 57 penduduk daripada 19 keluarga pula ditempatkan di PPS SK Alor Pongsu.
Sementara itu, di daerah Hilir Perak, PPS yang dibuka adalah di Dewan Serbaguna Padang Tembak dan Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap menempatkan 98 penduduk daripada 29 keluarga.