fb fb fb fb fb

Banjir: 194 penduduk terjejas di daerah Muallim ditempatkan di dua PPS

Banjir di Daerah Muallim

MUALLIM, 15 September - Seramai 194 penduduk daripada 48 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir di Daerah Muallim, setakat 4.00 petang.

Seramai 126 penduduk terjejas daripada 13 keluarga dari Kampung Sungai Sekiah Batu 7 dipindahkan ke dewan orang ramai kampung itu. Manakala 68 penduduk terjejas daripada 17 keluarga di Kampung Pasir ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir.

Sementara itu, menurut laporan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri, bacaan paras air di Stesen Sungai Slim, Slim River, masih melepasi paras bahaya iaitu 27.94 meter.

Beberapa laluan utama turut terjejas.

Di Hulu Perak, Jalan Pagar Keselamatan 2 hanya dibuka kepada kenderaan ringan, manakala FT077 Jalan Pengkalan Hulu–Betong dibuka satu lorong sahaja berikutan runtuhan.

Di Perak Tengah pula, A175 Jalan Selat Pulau–Pebayan dan A144 Jalan Pasir Garam–Pulau Tiga ditutup sepenuhnya selepas dinaiki air sedalam hampir satu meter.

ROSLINA BINTI DIN