fb fb fb fb fb

Bangunan makmal komputer musnah dijilat api

Foto fail

SUNGAI SIPUT, 5 September - Bangunan makmal komputer di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bawong musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada tengah hari tadi.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, kebakaran itu berlaku di tingkat empat bangunan kelas A dan mengakibatkan kerosakan sebanyak 50 peratus.

Pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada pukul 12.09 tengah hari dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput, dibantu BBP Kuala Kangsar, tiba di lokasi kejadian pada pukul 12.45 tengah hari.

Ketika kejadian, sesi persekolahan berjalan seperti biasa, namun tiada pelajar berada di dalam makmal berkenaan.

Sabarodzi menjelaskan bahawa pihak bomba melaksanakan 'size-up' dan mengaplikasi konsep RECEO (Rescue, Exposure, Containment, Extinguishment, Overhaul) untuk mengawal dan memadam kebakaran.

Operasi pemadaman melibatkan seramai 18 anggota bomba dan kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 3.25 petang.

 

 

Trainee