KUALA LUMPUR, 1 Februari - Bandar raya Kuala Lumpur menduduki tempat ke-10 sebagai bandar paling sohor di dunia.
Menurut laman web kembara TripAdvisor, Kuala Lumpur berada di kedudukan 10 teratas bagi destinasi pelancongan global paling popular.
Tokyo, Jepun menduduki tempat pertama bagi destinasi paling sohor di dunia.
Ini diikuti Seoul, Korea Selatan (kedua), Teluk Halong, Vietnam (ketiga), Kepulauan Palawan, Filipina (keempat), Sapa, Vietnam (kelima), Pattaya, Thailand (ketujuh) dan Phnom Penh, Kemboja (kesembilan).
Bandar Bogota, Colombia di Amerika Selatan dan Alajuela, Costa Rica di Amerika Tengah adalah satu-satunya wilayah lain yang menduduki tempat 10 teratas, masing-masing di kedudukan keenam dan kelapan.
TripAdvisor memaklumkan, minat terhadap bandar-bandar utama di Asia dijangka terus meningkat tahun ini.
Kuala Lumpur juga memperoleh tempat keenam dalam senarai bandar paling ramai dikunjungi, dengan 13.79 juta pelawat antarabangsa setakat 2018.
TripAdvisor mengumumkan Anugerah Destinasi Terbaik Pilihan Pelancongnya, yang menyenaraikan destinasi paling trending di dunia untuk 2024, bulan lalu.