fb fb fb fb fb

Bajet 2023: Tumpuan perlu diberikan kepada golongan berpendapatan rendah

KAJANG, 5 Oktober - Intipati Bajet 2023 perlu memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah.

Profesor Sekolah Perniagaan Siswazah UNIRAZAK, Professor Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berpendapat belanjawan kali ini perlu menjurus kepada perspektif khusus bagi meningkatkan pendapatan pekerja dan isi rumah.

"Belanjawan kali ini mesti mempunyai beberapa sasaran khusus dan sasaran utama yang kita perlu menerima hakikat bahawa tahun 2023, adalah tahun yang paling mencabar.

Perlu ada satu sasaran dalam masa lima tahun, kita mahu purata pendapatan kumpulan pekerja dan bekerja sendiri RM5,000 misalnya, itu merupakan matlamat untuk jangka masa panjang," kata Dr. Barjoyai di sini.

(Professor Emeritus Dr. Barjoyai Bardai)

Beliau berkata demikian pada program Perbincangan Khas Pra Bajet 2023 di Majlis Profesor Negara, di sini.

Tambahnya, perlindungan sosial dan perkhidmatan seharusnya dititikberatkan bukan sahaja terhadap pekerja, namun juga golongan bekerja sendiri dan isi rumah.

Media Baharu