fb fb fb fb fb

Baik pulih bangunan warisan, usaha pulihara bangunan ratusan tahun

Bangunan warisan di Jalan Laksamana, Banda Hilir, Melaka

MASJID TANAH, 5 Januari- Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kini sedang mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Warisan Negara untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih sebuah premis kedai bangunan merah di Jalan Laksamana, Bandar Hilir yang mengalami kerosakan baru-baru ini.

Menurut Exco Kanan Negeri, Datuk Rais Yasin, ia bagi memastikan bangunan warisan berusia ratusan tahun itu terus terpelihara untuk tatapan generasi akan datang.

"Jadi, insya-Allah kita akan pastikan bangunan itu kembali seperti biasa dan dapat diguna pakai untuk genarasi-generasi akan datang lihat. Tetapi kerjasama semua pihak saya harapkan.

"Kalau hendak bangunan merah ini kekal menjadi ikon negeri Melaka, pastikan kita sama-sama pelihara dan sokong Zon Bebas Kenderaan sekurang-kurangnya dalam tempoh yang kita lakukan sekarang", katanya.

Pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan yang sedang dijalankan di kawasan berkenaan penting bagi memelihara bangunan warisan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perasmian Denai Sungai Kebangsaan Parit Besar sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat DUN Kuala Linggi di Masjid Tanah.

ROSLINA BINTI DIN