IPOH, 7 April-Pusat Bantuan Guaman Syarie (Bagus) yang diperkenalkan kerajaan membantu Jabatan Kehakiman Syariah Perak mempercepatkan penyelesaian kes-kes berkaitan Syariah.
Sebanyak 40 kes berkaitan perceraian dan nafkah tertunggak dibantu Pusat Bantuan Guaman Syarie (BAGUS) di Perak, sejak awal tahun ini.
Pengerusi Persatuan Peguam Syarie, Perak, Adham Jamalullail Ibrahim berkata kes tersebut dikendalikan secara percuma oleh 15 peguam profesional yang dilantik.
Adham juga berkata program Konsultasi Guaman Syarie sempena Ramadan peringkat Perak yang bermula 27 Mac lalu turut mendapat maklum balas positif orang ramai terutamanya berkaitan perkahwinan dan hak penjagaan anak selepas cerai.
"Ramai yang datang bertanyakan masalah penceraian, hak pemjagaan anak dan sambutan mencapai 25 orang sehari", katanya ketika majlis perasmian kedua-dua program tersebut yang disempurnakan oleh Ketua Hakim Syarie Negeri, Datuk AB Rahman Thobrani Mohd Mansor di Jabatan Kehakiman Syariah Perak.
(FOTO HIASAN/FOTO RTM)