fb fb fb fb fb

Bagan Datuk bakal jadi pusat tumpuan pendidikan menjelang tempoh akhir RMKe-12

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

BAGAN DATUK, 28 Januari - Daerah Bagan Datuk bakal dijadikan pusat tumpuan pendidikan menjelang tempoh akhir Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam tempoh itu, dua lagi institusi pendidikan akan dibina menjadikan keseluruhan enam institusi pendidikan di daerah itu.

"Sekarang ini kita sudah ada empat institusi, saya jangkakan dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia Ke-12 ini akan wujud dua lagi insya-Allah dan akan ada enam disini," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Bangunan Baharu (SM) Imtiaz Tuminah Hamidi Sungai Balai, di sini.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga ahli parlimen Bagan Datuk telah menghadiri majlis penyerahan kunci enam unit rumah baharu kepada keluarga mangsa kebakaran di Bagan Ikan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN