fb fb fb fb fb

Australia setuju teruskan pelaburan ke Malaysia bernilai RM24.5 bilion

FOTO PMO

MELBOURNE, 5 Mac- Australia bersetuju untuk meneruskan pelaburan ke Malaysia dengan nilai sebanyak RM24.5 bilion.

Hasrat itu dinyatakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuannya bersama lebih 20 syarikat Australia, hari ini.

“Jumlah itu cukup membanggakan, sekali gus menunjukkan minat Australia serta keyakinan mereka berdasarkan dasar-dasar yang diumumkan kerajaan ketika ini.

“Pelaburan ini akan menyumbang kepada 1,200 tenaga mahir di Malaysia.

“Antara syarikat yang dikenal pasti memohon pelaburan ke Malaysia termasuk syarikat pengendali pusat data, Air Trunk dengan nilai pelaburan berjumlah RM11 bilion, manakala syarikat Next Dc sebanyak RM3 bilion,” katanya dalam sidang media Malaysia di sini, hari ini

Sementara itu, dari segi perdagagan, lawatan Perdana Menteri ke Australia turut berjaya memperoleh potensi jualan lebih RM962,000.

Ia meliputi perdagangan eksport Malaysia ke Australia menerusi produk urea, produk kayu, makanan, minuman, dan komponen elektrik.

“Antara faktor yang menyumbang kepada jumlah itu adalah usaha kerjaan memberi penjelasan untuk menjawab sebarang kegusaran dan kemusykilan pelabur dan ahli perniagaan Australia terhadap prospek Malaysia,” katanya.

Jumlah potensi pelaburan dana perdagangan itu melebihi jangkaan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Indsutri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA).

Esok, Anwar dijadual berucap dalam Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia di Pusat Konvensyen dan Pameran Melbourne (MCEC).

ARTIKEL BERKAITAN
Tujuh syarikat Australia berminat tambah pelaburan di Malaysia
Malaysia, Australia komited pergiat kerjasama sedia ada
Lawatan sulung PM ke Australia perkukuh kerjasama dua hala pelbagai sektor

SITI AISHAH MD ISA