fb fb fb fb fb

Aspirasi, pandangan belia diambil kira rangka hala tuju pembangunan

(Mohd Hairi merasmikan Minggu Belia KEJORA di Bandar Penawar di Kota Tinggi)

KOTA TINGGI, 5 Ogos- Aspirasi dan pandangan belia Johor penting bagi membolehkan kerajaan negeri merangka hala tuju strategik pembangunan akan datang.

Justeru, jabatan dan agensi berkaitan dinasihat mendekati golongan belia, antaranya melibatkan Majlis Belia Daerah dalam anjuran program dan mesyuarat.

Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri, Mohd Hairi Md Shah berkata Johor mempunyai kira-kira dua juta belia berusia 15 hingga 40 tahun.

Beliau juga menyarankan belia mengelak sikap terlalu memilih bagi mengurangkan pengangguran dan mengambil peluang kerja ditawarkan seperti disediakan Program Jejak Kerjaya di Bandar Penawar bermula hari ini hingga tujuh Ogos.

"Program sebegini juga dapat memberikan peluang kepada golongan belia yang mencari peluang kerjaya dan ruang untuk meluaskan peniagaan," katanya.

(Mohd Hairi Md Shah)

Beliau menyatakan demikian selepas merasmikan Minggu Belia KEJORA di Bandar Penawar, di sini hari ini.

Pada program itu, lima individu menerima faedah PERKESO bernilai RM14,916 ringgit.

Program anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), bekerjasama dengan 12 majikan industri itu menyediakan 2,000 jawatan kosong.

Media Baharu