fb fb fb fb fb

ASEAN 2025: LADA promosi sukan pelancongan di Langkawi

Datuk Haslina ditemu bual selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia di Langkawi, Kedah

LANGKAWI, 19 Januari- Penganjuran mesyuarat-mesyuarat ASEAN 2025 di Langkawi turut dijadikan platform mempromosikan acara sukan pelancongan.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Haslina Abdul Hamid, berkata sebanyak 132 acara disenarai dalam Kalendar Acara Langkawi (KAL) 2025.

Ujar beliau, 36 daripadanya membabitkan acara sukan.

"Daripada 132 lebih 50 peratus adalah program yang melibatkan program antarabangsa dan LADA mengambil kesempatan sempena dengan mesyuarat-mesyuarat Asean Retreat ASEAN diadakan di Langkawi untuk mempromosikan produk itu kepada deligasi yang datang supaya boleh diuar-uar kepada lebih luas lagi," katanya.

Beliau ditemui selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia di Langkawi, Kedah, hari ini.

Sementara itu bekas pemain badminton kebangsaan Teh Chong Chen berkata pelancongan sukan di pulau legenda itu sering mendapat penyertaan yang tinggi daripada peserta negara-negara ASEAN.

"Ini penting untuk perkembangan pelancongan sukan di Langkawi dan memandangkan Langkawi mempunyai fasiliti atau kemudahan sukan yang bertaraf antarabangsa," kata Chong Chen.

Terdapat tiga acara penting sempena Mesyuarat ASEAN 2025 di Langkawi, iaitu Mesyuarat Trek kewangan telah berlangsung14 hingga 15 Januari.

Ia diikuti Pemukiman Menteri Luar ASEAN dan Mesyuarat Khas Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Tenaga pada 21 hingga 23 Januari ini.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE