fb fb fb fb fb

Ketua Pegawai Kewangan MSM Malaysia diarah bercuti hingga 15 Januari

Ketua Pegawai Kewangan MSM Malaysia Holdings Bhd, Mazatul Aini Shahar Abdul Malek Shahar

KUALA LUMPUR, 8 Disember- Arahan bercuti kepada Ketua Pegawai Kewangan MSM Malaysia Holdings Bhd, Mazatul Aini Shahar Abdul Malek Shahar akan dilanjutkan dari 15 Disember 2023 sehingga 15 Januari 2024 atau sehingga tempoh dimaklumkan kelak.

MSM menerusi kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, memaklumkan operasi perniagaan akan diteruskan seperti biasa dan pengumuman lanjut dibuat sekiranya terdapat sebarang perkembangan penting berkaitan perkara itu.

MSM selaku pengendali perniagaan gula FGV Holdings Bhd, pada 3 November lalu memaklumkan Bursa Malaysia bahawa Mazatul Aini telah diarah cuti sementara. Arahan itu berkuat kuasa pada 20 Oktober 2023 sehingga 15 Disember 2023.

Difahamkan, arahan itu bagi membantu siasatan dalaman.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE