fb fb fb fb fb

Maritim Malaysia serius jaga keselamatan perairan

Temubual di Radio Bintulufm bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-19 Maritim Malaysia di Bintulu

BINTULU, 15 Februari- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merekodkan 375 kes tangkapan atas pelbagai kesalahan melalui operasi yang digerakkan oleh agensi itu sepanjang tahun lalu.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kapten Maritim Mohd Iszuadi Muhamad Hassan berkata, kejayaan ini mengambarkan bahawa APMM amat serius dalam meningkatkan tahap keselamatan di kawasan perairan maritim negara dengan keberadaan aset di laut sepanjang masa.

”Bagi mengatasi isu-isu dan cabaran yang dialami agensi, agensi mengamalkan tiga kaedah penyelesaian iaitu menjalankan pengawasan dan pengkuat kuasaan yang berkesan di laut dan udara, perkongsian maklumat dan risikan yang berkesan dan penglibatan dan kerjasama bersama masyarakat maritim” katanya semasa ditemubual di Radio Bintulufm bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-19 Maritim Malaysia di Bintulu.

Tambahnya, setakat tahun lalu APMM telah memperoleh sejumlah tiga buah Airbot, 10 Jetski, 71 aset kapal, 166 aset bot, lapan pesawat udara dan 14 buah fasiliti radar Sistem Pengesahan Maritime (SWASLA) di seluruh negara, sekali gus memastikan Zon Maritim Malaysia berada dalam keadaan selamat dan sejahtera.

ROSLINA BINTI DIN