fb fb fb fb fb

APM Pulau Pinang siap siaga pantau 55 kawasan risiko tinggi banjir

PULAU PINANG, 9 Oktober- Pasukan Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang kini berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam.

Pengarah APM Pulau Pinang, Ishak berkata, pihaknya kini memantau 55 kawasan yang dikategorikan berisiko tinggi di negeri itu, selain menjalani latihan kemahiran pengendalian bot.


(Pengarah APM Pulau Pinang, Ishak )

"Kita harapkan kerjasama yang baik daripada persatuan nelayan-nelayan disini dan tempat-tempat lain, khususnya apabila berlakunya bencana banjir dan memerlukan penggunaan bot dan sebagainya. Kita dapat kerjasama sebaik mungkin," katanya di sini.

Tambah beliau, kerjasama dengan persatuan nelayan amat penting, khusus ketika tempoh Monsun Timur Laut.

Ia sebagai perkongsian pengalaman serta kemahiran nelayan tempatan.

Media Baharu