APM Kuching pantau paras air kawasan berisiko banjir

APM Sarawak di Kuching memantau paras air yang berisiko banjir/Foto APM Sarawak

KUCHING, 25 Januari – Paras air di beberapa kawasan di sekitar Kuching menunjukkan trend menaik di Kampung Sinar Budi Baru susulan hujan renyai-renyai sejak petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • APM Kuching memantau paras air di kawasan berisiko banjir sejak petang tadi.
  • Paras air meningkat di Kampung Sinar Budi Baru selepas hujan renyai.
  • Beberapa jalan tidak dapat dilalui akibat peningkatan paras air.
  • Orang awam dinasihatkan berwaspada, ikut arahan pihak berkuasa dan ikuti perkembangan terkini.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuching memaklumkan hasil pemantauan mendapati laluan jalan di kawasan berkenaan tidak dapat dilalui akibat peningkatan paras air.

“Setakat 7.47 malam, paras air masih meningkat namun tiada sebarang proses pemindahan penduduk ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dilaksanakan setakat ini,” menurut kenyataan itu di Facebook malam ini.

Menurut APM, pihaknya melaksanakan pemantauan di kawasan berisiko banjir bermula 5.44 petang petang tadi.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa serta mengikuti perkembangan terkini situasi banjir dari semasa ke semasa.