fb fb fb fb fb

APM Kedah terima aset kenderaan baharu, tingkat kecekapan operasi

Anggota APM Kedah bergambar bersama aset kenderaan baharu, ambulans jenis pacuan empat roda

ALOR SETAR, 1 Januari- Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah menerima aset kenderaan baharu meliputi sembilan buah ambulans pacuan empat roda sebagai persediaan pasukan itu dalam menghadapi pelbagai situasi yang memerlukan.

Pengarah APM Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Zairil Anuar Zulmuji berkata keberadaan aset itu adalah tepat dan bersesuaian, dengan mengambil kira penambahan tugas dan peningkatkan kes di daerah-daerah.

Beliau berharap dengan perolehan aset terbaharu itu, akan mempertingkatkan lagi keupayaan dan kecekapan operasi APM.

"Kita terima ambulans jenis kenderaan pacuan empat roda.Ambulans ini boleh kita gerakkan bukan sahaja jalan biasa, sempit dan berbukit di kampung-kampung terutama yang tidak berturap.

Dengan adanya ambulans ini APM dapat memperluaskan lagi perkhidmatan ke kawasan pedalaman. Selain itu, ia dilengkapi ciri-ciri keselamatan seperti kamera dan peralatan-peralatan medik yang moden," kata Zairil kepada pemberita ketika meninjau aset-aset berkenaan di APM Kota Setar.

Selain ambulans, antara kenderaan lain yang diterima adalah kereta Ativa dan 15 buah motosikal.
 
Beliau berharap APM mendapat peruntukan tambahan agar ambulans jenis pacuan empat roda dapat disalurkan ke semua 11 daerah.
 

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM