fb fb fb fb fb

Aplikasi al-Quran dalam talian, KDN pantau aplikasi tidak dapat kelulusan

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Nik Yusaimi Yussof (tiga,kanan) menunjukkan aplikasi Smart Quran yang dibangunkan dengan kerjasama KDN yang telah mendapat kelulusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

KOTA BAHRU, 27 Februari - Beberapa aplikasi al-Quran dalam talian sedang dipantau Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana tiada perakuan dan tidak mendapat kelulusan.

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yussof berkata kebanyakan aplikasi berkenaan telah dimuat turun orang ramai tanpa mendapat semakan pakar terlebih dahulu.

Beliau berkata, kelulusan dan perakuan daripada KDN perlu bagi mengelak timbul kekeliruan dan ancaman kepada keselamatan serta ketenteraman awam.

"Ada pembangun aplikasi lain tempatan yang juga telah membangunkan dan membuat perkongsian.

"Saya ingin ingatkan bahawa pembangun aplikasi tersebut perlulah datang ke KDN memohon untuk dapat kelulusan, jika gagal mendapat kelulusan maka pembangun aplikasi ini bakal berhadapan tindakan perundangan di bawah Akta Pencetakan Teks al-Quran (APTQ) 1986 pndaan 2023," katanya pada sidang media, di sini.

Tambah Nik Yusaimi, setakat ini hanya aplikasi Smart Quran yang dibangunkan dengan kerjasama KDN mendapat kelulusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN