fb fb fb fb fb

Anwar ziarah Wan Rosdy di IJN

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 10 Jun- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarahi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Menerusi perkongsian di Facebook, Perdana Menteri berkata keadaan Wan Rosdy semakin pulih.

"Alhamdulillah keadaan beliau bertambah baik selepas menjalani prosedur pembedahan dan kini dalam pemantauan pakar perubatan di IJN.

"Saya turut luangkan masa menziarahi Tengku Datuk Muhammad Ibni Sultan Abu Bakar, bapa saudara kepada Tuanku Sultan Pahang, serta bekas pelajar saya di Yayasan Anda, Basuki Yusof.

"Mendoakan mereka dikurniakan afiyah dan kesembuhan sesegera mungkin. Insya-Allah," kata Anwar.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM