fb fb fb fb fb

Anwar ucap tahniah kepada Presiden Sri Lanka baharu

Anwar Ibrahim dan Anura Kumara Dissanayake (AFP)

KUALA LUMPUR, 23 September- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Presiden Sri Lanka yang baharu, Anura Kumara Dissanayake.

Anura dipilih sebagai presiden selepas diumumkan sebagai pemenang rasmi Pilihan Raya Presiden Sri Lanka yang diadakan pada Sabtu lepas.

"Saya berharap dapat mempererat hubungan persahabatan dengan Sri Lanka dalam masa terdekat serta bekerjasama demi kesejahteraan rakyat kita," kata Anwar menerusi Facebook beliau hari ini.

Calon gabungan Kuasa Rakyat Nasional itu memperoleh 5,634,915 undi pada kiraan pertama dan 105,264 undi keutamaan semasa kiraan kedua.

Memandangkan tiada calon memperoleh lebih 50 peratus undi, Suruhanjaya Pilihan Raya terpaksa mengira pilihan kedua dan ketiga daripada dua calon utama, buat kali pertama dalam sejarah pilihan raya.

SITI AISHAH MD ISA