fb fb fb fb fb

Anwar terima kunjungan hormat Setiausaha Majlis Keselamatan Russia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Majlis Keselamatan Russia, Sergei Shoigu, di Perdana Putra di sini hari ini. / Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 27 Februari - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia, Sergei Shoigu, untuk membincangkan isu keselamatan dan pertahanan.

Shoigu tiba di Perdana Putra, Pejabat Perdana Menteri, pada kira- kira pukul 10.15 pagi.

Sejurus ketibaan Shoigu, beliau diberikan kawalan kehormatan Setempat daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.

Sebelum mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar, Shoigu menandatangani buku pelawat.

Turut hadir ialah Duta Rusia ke Malaysia, Nail Latypov.

Tahun lalu, Datuk Seri Anwar mengunjungi Rusia untuk menghadiri forum ekonomi, dan berkongsi pentas dengan Presiden Rusia Vladimir Putin.

Pada 2023, Rusia merupakan rakan dagang kelapan terbesar Malaysia dalam kalangan negara-negara Eropah, dengan jumlah dagangan dua hala meningkat sebanyak 15.6 peratus tahun ke tahun kepada RM14.22 bilion berbanding RM12.3 bilion yang dicatatkan pada tahun 2022.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD