ISLAMABAD, 4 Oktober- Keadaan di Asia Barat ketika ini diibaratkan sebagai 'sugul' berikutan ketiadaan jalan penyelesaian diplomatik untuk mengakhiri konflik di beberapa bahagian wilayah tersebut.
Perkara itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Setakat ini, tiada penyelesaian. Keadaan diibaratkan sebagai 'sugul' kerana serangan terhadap Gaza berterusan, malah kini diperluaskan ke Lubnan, bermula di selatan Lubnan dan kini sampai ke Beirut. Selepas ini, apa lagi?," kata Anwar dalam sidang media di sini.
Anwar menegaskan bahawa semua pihak terbabit telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan langkah tegas.
Namun, hasilnya mungkin kurang memuaskan.
Beliau turut mengecam Israel yang terus berdegil meneruskan kekejaman di wilayah-wilayah tersebut.
BERITA BERKAITAN: