fb fb fb fb fb

Anwar rakam penghargaan kepada Mohd Zuki

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 9 Ogos- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan atas perkhidmatan dan bakti yang dicurahkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali yang bakal bersara secara rasmi esok.

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar menitipkan doa agar Mohd Zuki terus berjaya selepas berkhidmat sebagai penjawat awam selama 32 tahun.

"Terima kasih, moga terus sukses dalam perjalanan hidup seterusnya dan diberkati Yang Maha Esa," kata Anwar.

Anwar turut memberikan sokongan kepada KSN baharu, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar yang bakal memulakan tugas pada Isnin depan.

Beliau berharap dasar-dasar kerajaan terus dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, sekali gus menyumbang kepada pembangunan serta kejayaan negara.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM