fb fb fb fb fb

Anwar peruntuk RM72,000 tambah baik infrastruktur SJKC Chong Hwa Kanthan Baru

Anwar mengumumkan berita gembira itu ketika menghadiri Program Pesta Makan Buah-Buahan di dewan sekolah berkenaan.

IPOH, 8 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan khas RM72,000 bagi menambah baik infrastruktur di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Hwa Kanthan Baru, Ipoh.

Anwar mengumumkan berita gembira itu ketika menghadiri Program Pesta Makan Buah-Buahan di dewan sekolah berkenaan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun turut meluangkan masa kira-kira 15 minit bagi beramah mesra bersama-sama 1,500 pengunjung yang hadir.

Turut hadir pada program itu, Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak Mohd Azlan Helmi, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad.

Pelbagai buah-buahan tempatan disediakan untuk orang ramai antaranya durian, rambutan, manggis, cempedak, nangka dan langsat.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM