fb fb fb fb fb

Anwar luang masa bertemu pendakwah tersohor Amerika Omar Suleiman

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 13 Julai- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa bertemu pendakwah tersohor Amerika Syarikat Dr Omar Suleiman di kediamannya semalam.

Beliau menerusi satu hantaran di Facebook berkata, pada pertemuan itu mereka bertukar pandangan mengenai perkembangan Islam di Amerika Syarikat dan dunia barat.

"Kami turut berbincang mengenai ikhtiar merekayasa peranan strategik Malaysia dalam menyampaikan mesej Islam yang syumul dan wasatiy," katanya.

Omar Suleiman dalam rangka lawatan singkat di Malaysia bagi menyampaikan syarahan di Shah Alam, Selangor.

Pertemuan itu turut disertai isteri perdana menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta anggota keluarga Anwar.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI