fb fb fb fb fb

Anwar hubungi Presiden Erdogan, sampaikan ucapan takziah serta doa

KUALA LUMPUR, 11 Februari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyampaikan ucapan takziah serta doa kepada Presiden Recep Tayyip Erdogan susulan bencana gempa bumi yang menimpa Turkiye.

Menurut ciapan dalam Twitter rasminya, beliau memaklumkan telah berhubung dengan Presiden Turkiye sejurus tiba dari Bangkok, Thailand.

Tambah beliau, Malaysia telah mengutus dua pasukan mencari dan menyelamat SMART serta membina satu field hospital (lapangan), selain rakyat yang turut mengumpul dana bagi membantu saudara di sana.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Perdana Menteri dalam sidang media pada Rabu memaklumkan Malaysia akan menyalurkan sumbangan lebih AS$2 juta kepada Turkiye dan Syria bagi membantu mangsa gempa bumi di kedua-dua negara itu.

Media Baharu