fb fb fb fb fb

Anugerah Seri Melaka hargai anak negeri berjasa

(FOTO RTM)

AYER KEROH, 16 Mei-Anugerah Seri Melaka (ASM) akan diperkenalkan Kerajaan Negeri Melaka bagi mengiktiraf tokoh ternama anak jati negeri yang berjaya serta menyumbang khidmat bakti di peringkat kebangsaan mahupun dunia.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata tokoh berkenaan yang disyaratkan pernah bersekolah di negeri ini akan dipilih berdasarkan kejayaan dicapai dalam bidang masing-masing.

Beliau berkata, ikon tersebut akan dipilih oleh satu jawatankuasa di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum dinilai oleh jawatankuasa di peringkat negeri.

"Syarat-syaratnya mungkin persekolahannya bermula pada tahun 1990an. Mereka mungkin berada dalam perkhidmatan awam profesional, ahli perniagaan dan sukan.

"Artis-artis ternama juga banyak datang daripada Melaka. Kita akan berikankategori Anugerah Seri Melaka mengikut kategori masing-masing", katanya epada pemberita selepas Majlis Makan Malam Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2023 di MITC, di sini.

Majlis turut dihadiri Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying.
 
Katanya lagi, nama ikon yang berjaya mendapat anugerah tersebut akan dipamerkan di seluruh sekolah-sekolah di Melaka bagi memberi inspirasi kepada murid dan pelajar untuk mencontohi mereka.


(Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh)

Media Baharu