fb fb fb fb fb

Pencalonan Anugerah Muhibbah NPC-MACROKIOSK kini dibuka

Foto NPC

KUALA LUMPUR, 30 April- Kelab Akhbar Kebangsaan Malaysia (NPC) dan penyedia platform penyelesaian perusahaan MACROKIOSK melancarkan siri kedua Anugerah Muhibbah NPC-MACROKIOSK.

Presiden NPC, Datuk Ahirudin Attan berkata anugerah itu akan terus mengiktiraf individu, kumpulan atau organisasi yang menjiwai semangat muhibbah serta menggalakkan perpaduan di seluruh Malaysia.

"Saya amat gembira menyaksikan kesinambungan siri anugerah ini.

"Dengan memberi penghormatan kepada mereka yang mencontohi semangat muhibbah, kita meraikan perpaduan negara kita, sambil menekankan kepentingan berbuat baik dan belas kasihan dalam masyarakat kita.

"Selain mengiktiraf jasa mereka, kami berharap anugerah ini pada akhirnya akan menjadi sejarah kepada penerima-penerima sebagai individu dan organisasi yang telah berkorban untuk membantu antara satu sama lain," katanya menerusi kenyataan.

Dalam pada itu, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif MACROKIOSK, Kenny Goh berkata siri anugerah tahun lalu telah berjaya menyatukan rakyat Malaysia.

Ini terutama dalam membina hubungan yang lebih kukuh dan mendorong perubahan positif untuk Malaysia.

"Kami teruja untuk sekali lagi bekerjasama dengan NPC dalam melancarkan anugerah muhibbah siri kedua kami.

"Kami berharap anugerah tersebut akan terus memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk sentiasa prihatin dan mengambil berat antara satu sama lain," kata Goh.

Para pemenang akan dipilih oleh juri yang terdiri daripada pengarang dan wartawan kanan pelbagai media.

Terdahulu, siri pertama anugerah terbabit meraikan enam pemenang.

Pemenang Anugerah Muhibbah NPC-MACROKIOSK akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,000 berserta dengan sijil.

Pencalonan boleh dibuat melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau melalui pautan WhatsApp di https://chat.whatsapp.com/K739FdIOnqCCti0aOGnFFv.

Orang ramai juga boleh mengakses laman web MACROKIOSK di pautan www.macrokiosk.com untuk maklumat lanjut.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM