Anthony Loke hadir Perhimpunan Bulanan MOT kali terakhir

Anthony Loke tiba di pekarangan Kementerian Pengangkutan untuk menghadiri Perhimpunan Bulanan MOT

PUTRAJAYA, 11 November – Bekas Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan (MOT) buat kali terakhir, selepas peletakan jawatannya berkuasa kuasa pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ketibaan disambut Timbalan Menteri Hasbi Habibollah, Ketua Setiausaha Datuk Seri M Jana Santhiran, dan warga MOT yang berkumpul sejak 9.30 pagi.
  • Beliau hadir atas undangan Datuk Seri Jana Santhiran dan turut menghadiri Majlis Cahaya Kasih MADANI sempena sambutan Deepavali.
  • Majlis dijadikan platform mengeratkan silaturahim, meraikan kepelbagaian budaya dan agama serta memupuk semangat perpaduan dan keharmonian.
  • Kehadirannya memberi peluang beramah mesra dengan warga MOT dan mengekalkan hubungan baik sepanjang perkhidmatan beliau.

Ketibaan beliau di pekarangan lobi kementerian pada 10.04 pagi disambut Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah dan Ketua Setiausaha MOT Datuk Seri M Jana Santhiran, serta warga MOT yang mula berkumpul pada 9.30 pagi.

Beliau hadir bagi memenuhi undangan Datuk Seri Jana Santhiran, selain menghadiri Majlis Cahaya Kasih MADANI yang diadakan bersempena dengan sambutan Deepavali.

Majlis itu dilihat sebagai platform mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kementerian, selain meraikan kepelbagaian budaya dan agama selaras dengan semangat perpaduan serta keharmonian masyarakat Malaysia.

Kehadiran Anthony Loke turut memberi peluang kepada beliau untuk bertemu dan beramah mesra dengan warga MOT, sekali gus mengekalkan hubungan baik yang terjalin sepanjang tempoh perkhidmatannya menerajui kementerian berkenaan.

Pada Selasa, Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta.

Anthony Loke yang juga Setiausaha Agung DAP berkata peletakan jawatan itu selaras dengan pendirian yang telah diumumkannya pada Jumaat lalu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.