fb fb fb fb fb

Angka penduduk terjejas banjir di Johor kekal

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 18 Disember- Situasi banjir di Johor kekal tidak berubah dengan seramai 36 orang daripada 11 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pukul 8.00 pagi tadi.

Menurut Info Bencana JKM, kesemua penduduk terjejas banjir masih ditempatkan di satu-satunya pusat pemindahan sementara (PPS) yang aktif di Segamat, iaitu Balai Raya Gemereh IV (Batu Badak).

Di Kedah pula, satu PPS telah dibuka, membabitkan daerah Pokok Sena.

Namun, setakat ini tiada angka penduduk terjejas banjir dipindahkan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM