fb fb fb fb fb

Anggota bomba dikhuatiri lemas ketika selenggara bot

Operasi SAR di Sungai Mak Mandin di Pulau Pinang, malam tadi

BUTTERWORTH, 23 Februari- Seorang anggota bomba dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh daripada bot dekat Pengkalan Marin di Jeti Sungai Mak Mandin di sini, kira-kira pukul 10.00 malam tadi.

Mangsa, Mohd Izwan Ilias, 42, dilapor hilang ketika melakukan penyelengaraan dan pengujian bot milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di sungai terbabit.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Khairy Sulaiman berkata, bot dinaiki mangsa telah dijumpai hanyut.

"Makluman awal yang didapati bahawa masa kejadian itu mangsa sedang membuat ujian bot selepas selenggara bot.

"Jadi ketika ingin menguji bot, mangsa dikatakan hilang daripada pandangan dan penyelia hanya ternampak bot yang hanyut," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan seramai 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth.

2302 ANGGOTA BOMBA DIKHUATIRI LEMAS
Seorang anggota bomba melaungkan azan di lokasi kejadian sebagai ikhtiar mencari Mohd Izwan Ilias, 42.

SITI AISHAH MD ISA