SHANGHAI, 27 Mei- Sebarang ancaman aktiviti keganasan secara dalam talian terus dipantau ketat Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Usaha itu termasuk melipatgandakan program survelan dan pemantauan ke atas apa sahaja maklumat berkaitan melalui Unit Pencegahan Keganasan, Cawangan Khas yang mempunyai kemampuan untuk berbuat demikian.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, usaha itu juga digembleng bersama Polis Antarabangsa (INTERPOL) dan Polis ASEAN (ASEANAPOL) bagi memastikan gejala itu dapat dibanteras habis-habisan.
Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) akan digunakan sepenuhnya bagi pelaksanaan kawalan supaya keseluruhan proses terbabit dapat dibuat lebih ketat.
POTA (Preventive Of Terrorism Act) akan digunakan sepenuhnya di dalam pelaksanaan supaya kawalan dapat dilakukan dengan lebih ketat lagi."
"Kita jangan pernah mengambil mudah walaupun kita tahu ia sangat terkawal di negara kita," kata Zahid kepada pemberita, di sini hari ini.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid mengulas mengenai laporan Pusat Serantau Asia Tenggara bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) sebelum ini yang dilapor mendedahkan kumpulan pengganas kini menggunakan permainan video dalam talian bagi merekrut generasi muda menyertai pergerakan mereka.
Malaysia katanya ketika ini, sudah menjalin kerjasama dengan organisasi antipengganas di peringkat antarabangsa, selain tidak tertakluk kepada tawaran dari mana-mana negara.