fb fb fb fb fb

Anak maut depan bapa dalam nahas empat kenderaan

(Mangsa maut selepas dirempuh sebuah kenderaan di Kilometer 242.9 Lebuhraya Utara-Selatan (arah Utara)
di Rembau, pagi tadi)

REMBAU, 7 April- Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan selepas kenderaan yang dinaiki bersama bapanya dilanggar sebuah kenderaan lain dari arah belakang di Kilometer 242.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), arah utara dekat Pedas, pagi tadi

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, mangsa, R Thiru Murugan, 26, menaiki Toyota Vios yang dipandu bapanya dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 pagi.

Dalam kejadian itu, kereta yang dinaiki mereka dilanggar sebuah Hyundai Tucson dari arah belakang hingga menyebabkan kenderaan mangsa hilang kawalan dan melanggar sebuah Honda City.

Bapa mangsa kemudian sempat keluar dari kenderaan itu dan meminta anaknya memasang lampu amaran sebelum ia dirempuh dari arah sama oleh sebuah Perodua Myvi pula.

"Ketika itu mangsa yang maut masih berada di dalam Toyota Vios. Akibat kemalangan, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Hazri berkata, pemandu Perodua Myvi cedera ringan dan dirawat di sebuah hospital swasta di Senawang, manakala tiga pemandu kereta lain tidak mengalami kecederaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

(Mangsa maut selepas dirempuh sebuah kenderaan di Kilometer 242.9
Lebuhraya Utara-Selatan (arah Utara) 
di Rembau, pagi tadi)

 

Media Baharu