fb fb fb fb fb

Ambulans rempuh belakang treler, dua kakitangan KKM parah

FOTO JBOM SARAWAK

BETONG, 9 September- Dua kakitangan Kementerian Kesihatan, KKM cedera parah dalam kemalangan jalan raya melibatkan van ambulans dan lori treler di Jalan Memaloi, Betong awal pagi tadi.

Laporan Pusat Gerakan Operasi, PGO Bomba Sarawak memaklumkan, kakitangan terlibat merupakan pemandu ambulans lelaki dan seorang jururawat wanita.

PGO menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.24 pagi, dan menggegaskan lapan anggota dengan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong ke lokasi kemalangan.

Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan van ambulans terbabit melanggar belakang lori treler yang berhenti di bahu jalan.

"Pemandu dan jururawat berkenaan berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi kejadian", menurut laporan itu.

Jururawat tersebut dibawa ke Hospital Betong manakala pemandu ambulans dibawa ke Hospital Sri Aman untuk tindakan selanjutnya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE