fb fb fb fb fb

Ambank sokong industri fesyen negara, jadi Rakan Perbankan Rasmi KLFW 2022

KUALA LUMPUR, 5 Ogos - Kumpulan Ambank terus komited menyokong pertumbuhan industri fesyen negara menerusi penglibatan sebagai Rakan Perbankan Rasmi Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, tahun ini Ambank turut menganjurkan acara 'Connect 22' iaitu simposium perniagaan fesyen.

"Jadi tahun ini kita ada keistimewaan sedikit, satu lagi kita tambah apa yang kita panggil fesyen 'Connect 22', di mana ia bukan hanya mengenai pembiayaan, ia tentang bagaimana anda mengembangkan perniagaan anda, bagaimana pereka tempatan boleh menjadikan mereka sendiri sebagai pereka antarabangsa dan kemudian kita mempunyai orang yang telah melakukannya, bercakap dengan mereka, menggalakkan mereka dan bagi pihak bank adalah bagaimana kita boleh menyokong, memudahkan mereka untuk berkembang juga," kata beliau pada majlis pelancaran Media KLFM 2022, di sini.

Seiring penganjuran KLFW 2022, bank tersebut akan turut mengadakan kempen #IAmMalaysian.


(Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ambank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir (tengah) pada
majlis pelancaran Media KLFM 2022/ Foto BERNAMA) 

Hasil jualan dari kempen itu akan disumbangkan ke beberapa pertubuhan termasuk Yayasan Tuanku Syed Putra dan Unimap.

KLFW 2022 akan membuat kemunculan semula secara fizikal tahun ini di Pavilion Kuala Lumpur dengan menampilkan lebih 40 koleksi pakaian sedia pakai pereka tempatan dari 17 hingga 22 Ogos.

Pada tahun 2020, KLFW telah mengadakan pertunjukan fesyennya secara dalam talian, manakala tahun lepas, ia telah dianjurkan secara digital dan fizikal dengan kehadiran yang terhad disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Media Baharu