fb fb fb fb fb

Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri dan Wilayah Persekutuan

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 4 Mei - Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di 11 negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya hingga 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan yang dikeluarkan 3.50 petang tadi memaklumkan, negeri terlibat ialah Kelantan meliputi Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

(FOTO HIASAN)

Selain itu, amaran juga dikeluarkan bagi Pulau Pinang, Perak, Perlis, Kedah dan Terengganu meliputi Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Turut terlibat, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat di Selangor.

Manakala di Pahang meliputi Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Amaran turut melibatkan Melaka, Johor serta Rembau dan Tampin di Negeri Sembilan.

Sarawak pula meliputi Kuching, Betong, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Media Baharu