fb fb fb fb fb

Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang di Sabah, Sarawak

Foto Jabatan Meteorologi Malaysia

PETALING JAYA, 25 September- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir diikuti hujan lebat dan angin kencang di negeri Sabah dan Sarawak hingga 10.00 pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu meliputi Sarawak iaitu Serian , Samarahan, Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Bintulu dan Miri (Subis dan Miri).

Manakala, di Sabah melibatkan kawasan Tawau (Tawau dan Semporna) dan Sandakan (Beluran).

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran", menurut MetMalaysia menerusi hantaran di facebook.

ROSLINA BINTI DIN