fb fb fb fb fb

Amaran hujan tahap waspada di tiga negeri hingga esok

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 Disember- Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan waspada (kuning) sehingga esok di Terengganu, Pahang dan Johor.

Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) berkata ia membabitkan daerah Dungun dan Kemaman di Terengganu.

Katanya, Pahang melibatkan daerah Jerantut, Pekan, Kuantan dan Rompin manakala Johor membabitkan daerah Segamat, Mersing serta Kota Tinggi.

"Jawatankuasa pengurusan bencana peringkat negeri/daerah hendaklah diaktifkan serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang bakal berlaku terutama di kawasan yang berisiko tinggi.

"Jawatankuasa itu juga perlu memastikan setiap Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai segala aset pengoperasian yang mencukupi serta berada di dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan," kata NDCC menerusi kenyataan.

Jelas NDCC, pihaknya akan sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal.

NDCC juga sentiasa dalam kesiapsiagaan menerima maklumat bencana, bantuan pengurusan dan pengoperasian bencana dari semasa ke semasa melalui nombor telefon 03-80642400, faksimili 03-80642429 dan alamat e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM