fb fb fb fb fb

Amaran hujan berterusan tahap waspada di tiga negeri

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 19 Januari - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di beberapa kawasan di Pahang, Johor dan Sarawak hingga esok dan lusa.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, amaran tahap waspada dikeluarkan bagi Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala di Johor membabitkan Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

"Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sarawak khususnya Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah dan Bintulu sehingga Ahad ini," menurut kenyataan itu.

Maklumat mengenai cuaca terkini boleh didapati menerusi aplikasi mudah alih myCuaca atau dengan melayari laman sesawang dan media sosial rasmi MetMalaysia.

TETITIA YUSOFF