KUALA LUMPUR, 18 Mac - Amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak hingga Khamis ini.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Mohd Hisham Mohd Anip berkata kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) serta Bintulu.
"Amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan MetMalaysia bagi Pahang, Johor dan Sabah mulai Khamis ini hingga Jumaat.
"Di Pahang, ia melibatkan kawasan Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala di Johor melibatkan kawasan Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru," menurut MetMalaysia.
Beliau berkata bagi Sabah, kawasan yang terlibat adalah Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.
Sementara itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.
Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.