fb fb fb fb fb

Amaran banjir di 3 lokasi Daerah Seberang Perai Selatan, 3.00 pagi, 7 November

Foto hiasan

GEORGE TOWN, 6 November- Kejadian banjir dijangkakan berlaku di tiga lokasi Daerah Seberang Perai Selatan melibatkan Kg. Sethu, Kg. Selut, Kg. Jawi dan kawasan sekitarnya pada 7 November bermula pukul 3.00 pagi.

Menerusi kenyataan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) memaklumkan kejadian itu berlaku sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di Lembangan Sungai Jawi, Pulau Pinang.

Ini susulan Amaran Ribut Petir oleh Jabatan Meteorologi Malaysia bertarikh 6 November 2023 jam 8:00 malam tadi dan hasil simulasi model ramalan banjir, JPS Malaysia.

"Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan.

"Amaran ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir", menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang https://www.facebook.com/jpsmalaysiaofficial, Facebook @jpsmalaysia.

ROSLINA BINTI DIN